Saturday, August 22, 2015

Perundingan Kemerdekaan & Suruhanjaya Reid & Tanah Melayu Merdeka

 Perundingan Kemerdekaan
  • UMNO merupakan parti yang ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu. Ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dengan Dato’ Onn Jaafar menjadi ketuanya yang pertama.                                                               
  • Tujuan utama penubuhan UMNO ialah untuk mewujudkan kerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan dari Inggeris. UMNO berperanan penting dalam perundingan                             
  • Kongres India Malaya (MIC) pula ditubukan pada 8 Ogos 1946 dengan John Tivy sebagai Presidennya yang pertama. Matlamat terpenting penubuhan MIC adalah untuk menjaga kepentingan masyarakat India dari segi politik, ekonomi dan sosial
  • Malaysian Chinese Association (MCA) secara rasmi telah ditubuhkan pada 27hb Februari 1949. Presidennya yang pertama bernama Tan Cheng Lock. Matlamat penubuhan parti ini ialah untuk melindungi hak dan kepentingan ekeonomi, politik dan sosial kaum Cina di tanah Melayu.
  • Usaha-usaha awal untuk meggabungkan parti-parti berbilang kaum bermula apabila UMNO dan MCA membentuk pakatan untuk menghadapi pilihan raya 
  • Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Pada tahun yang sama Tunku Abdul Rahman dan Tun Cheng Lock telah membentuk parti PERIKATAN diperingkat nasional. Pada tahun 1955 MIC pula menyertai parti PERIKATAN. Justeru, parti PERIKATAN telah menjadi parti berbilang kaum yang pertama dan terbesar di Tanah Melayu.
  • Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan tanah melayu. Rombongan tersebut dianggotai oleh empat orang wakil parti PERIKATAN, empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.  
  • Hasil daripada rundingan tersebut Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Tarikh rasmi kemerdekaan tanah melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan tersebut di Padang Bandar Hilir Melaka apabila beliau dan rombongannya kemabli dari London ketanah ayer.
 

  Suruhanjaya Reid                                                                                                                  
  •  Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan dengan senari keanggotaannya seperti berikut: Lord Reid dari England sebagai Pengerusinya, dikuti dengan Sir Ivor Jennings (England); Sir William Mc Kell (Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
  • Suruhanjaya telah mengadakan mesyuarat sebanyak 118 kali (antara June dan Oktober 1956) dan telah menghantar sebanyak 131 memorendum dari pelbagai kalangan rakyat termasuklah satu dari raja-raja Melayu.
  • Suruhanjaya telah menghantara deraf Perlembagaan dalam bulan Februrai 1957 yang kemudiannya telah diteliti semula oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri dari: 4 wakil-wakil Raja-Raja Melayu, 4 wakil parti Perikatan, Pesuruhjaya, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara.
  

   Tanah Melayu Merdeka


  • Akhirnya Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan turunnya bendera Union Jack di hadapan bangunan Sultan Abdul samad, Kuala Lumpur, pada malam 31 Ogos, 1957. Ribuan rakyat telah hadir.
  • Pada 31 Ogos, 1957, secara rasmi wakil Queen Elizabith, England, telah menyerahkan kuasa berakhirnya pentadbiran Inggeris di tanah Melayu secara rasmi kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, selaku Perdana Menteri Pertama Perseketuan Tanah Melayu di dalam satu perhimpunan seramai 30,000 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Rakyat dari pelbagai kaum hadir untuk mendenagar periytiharan kemerdekaan negera oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dengan teriakan ‘Merdeka”.
  • Duli yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman, Yam Tuan negeri Sembilan, telah dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong yang pertama bagi Perseketuan Tanah Melayu.
  • Laporan dari Jawatankuasa tersebut telah menyebabkan Perlebagaan Perseketuan Tanah Melayu telah di terima oleh Majlis Perundangan perseketuan pada 15 Ogos 1957. 


Image result for perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957





1 comment:

  1. Perrggghh siap ada lagu jo.. Aku nak cakap selamat ari raya ied

    ReplyDelete