Saturday, August 22, 2015

Penubuhan Parti Politik (UMNO/MIC/MCA)

             Penubuhan Parti Politik


UMNO
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Ja’far. Belau memegang jawatan itu sehingga tahun 1951.
  • Matlamat utama penubuhan parti adalah untuk menetang gagagsan Malayan Union dan menyatupadukan orang-orang Melayu serta mmepertahnkan kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu.
  • Anggota-anggota UMNO berpegang kepada slogan “Hidup Melayu”. Perkara ini disuarakan sendiri oleh Dato’ Onn Ja’afar semasa perhimpunan Agong UMNO, pda bulan September, 1947.
  • Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai sebuah parti politik. Perlembagaan UMNO telah dilulusakn pada 29 Mei 1946 yang memuatkan tujuan, penubuhan bahagian dan cawangannya.
  • Sebanyak 39 bahagian telah ditubuhkan sehingga tahun 1951 dengan keahlian seramai 100375 orang. Perikatan Pemuda UMNO dan Pergerakan Wanita UMNO ditubuhkan sebagai sayap-sayap UMNO pada tahun 1947.
  • UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat mewakli orang-orang Melayu di negara ini.  


 MIC

  1. Kongres India Malaya (MIC) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. Presidennya yang pertama bernama Tun V.T.Sambanthan.
  2. Antara tujuan utama penubuhan MIC (a) adalah untuk memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu; memperjuangkan politik bersama bagi seluruh Tanah Melayu.
  3. Pada bulan April 1955, MIC telah masuk ke dalam gabungan UMNO dan MCA. Ahlinya sehingga tahun 1955 aialah seramai 20,000 orang.


MCA

  1. Pertubuhan Cina Malaysia (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Idea penubuhan MCA telah digagaskan oleh Leong Yew Koh. Presiden pertama MCA ialah Tun Chen Lok.
  2. Tujuan utama MCA adalah untuk melindungi hak dan kepentingan orang Cina serta memelihara keharmonian kaum dalam sebuah negara yang bersatu.
  3. Pada peringkata permulaan MCA bertindak sebagai sebuah badan kebajikan. Pada tahun 1952, MCA telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik secara rasmi.
  4. Pada tahun 1950 keahlian MCA telah meningkat seramai 188, 000. Pada tahun 1952, MCA dan UMNO telah membentuk gabungan yang bernama PERIKATAN.    


No comments:

Post a Comment