Saturday, August 22, 2015

Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu & Ancaman Komunis

                                Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu


CIRI-CIRI :- 
  • YDPA sebagai ketua negara yang dipilih dikalangan sembilan Raja Melayu.
  •  Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.
  •  Sebuah Parlimen dibentuk yang dianggotai oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
  •  Syarat kewarganegaraan diketatkan: (a) kewarnegaraan diberikan kepada semua orang yang lahir di tanah Melayu selepas merdeka; (b) kewarnegaraan juga diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun keatas, dilahirkan di tanah Melayu dan telah menetap selama lima tahun. kewarnegaraan juga diberi kepada mereka yang berumur 21 tahun keatas walaupun lahir di luar Tanah Melayu, tetapi telah menetap selama lapan tahun dan boleh berBahasa Melayu.
  • Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan.
  • Agama Islam dijadikan sebagai agama Perseketuan, tetapi kebebasan beragama diberikan. 



                                                                   Ancaman Komunis


  • Darurat adalah satu istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk memulihkan keadaan huru hara di Tanah Melayu antara tahun 1948 sehingga tahun 1960.
  • Hura hara ini telah dimulakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba mengambil kuasa politik di Tanah Melayu secara kekrasan.
  • Semasa Darurat, PKM cuba melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan membunuh para peladang dan pelombong. Selain itu, anggota PKM juga telah membunuh anggota Polis dan tentera serta orang ramai yang mereka anggap menentang perjuangan mereka.
  • Darurat telah mengakibatkan penderitaan hidup rakyat Tanah Melayu. Ramai yang telah terkorban.
  • Pada peringkat awal, British menganggap ancaman komunis hanya bersifat sederhana sahaja. Walaubagaimanapun, tanggapan British itu tidak benar. Itulah sebabnya Britih telah menambahkan kekuatan polis dan tentera untuk menghadapi pemberontakan komunis selama 12 tahun di Tanah Melayu.
  • Kemuncak keganasan pemberontakan komnis di negara ini ialah pembunuhan Pesuruh Jaya Tinggi British di Tanah Melayu, Henry Gurney, di Kuala Kubu Baru, Selangor, pada 6 Oktober 1951. Beliau telah digantikan oleh Gerald Templer sebagai Pesuruhjaya British yang baru.
  • Kerajaan British telah menubuhkan kampong-kampong baru untuk penempatan orang-orang Cina sebagai satu langkah untuk mengawal edaran bekalan makana jatuh ketangan anggota komunis.
  • Kerajaan British gagal membendung pemberontakan komunis. Walaubagaimanapun Darurat diishtiharkan tamat pada 31 Julai 1960 oleh Kerajaan Perseketuan Tanah Melayu. Kegiatan komunis secara kecil-kecilan masih berlaku terutama di sempadan Siam dengan Tanah Melayu.
  • Kesan-kesan Darurat telah menyebebakan Kerajaan British mengemukakan Undang-Undang Darurat 1948 yang menyekat kebebasan individu untuk berucap, berhimpun dan bergerak. Selain itu, Darurat juga telah membuktikan bahawa tidak semua orang-orang Cina menyokong perjuangan PKM.      


No comments:

Post a Comment