Saturday, August 22, 2015

Malayan Union

Malayan Union 


Image result for malayan union



latar belakang !

  • Sekembalinya penjajah Inggeris ke Tanah Melayu selepas penjajah Jepun berundur, Inggeris mmeperkenalkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali dengan nama Malayan Union (Kesatuan Malaya).
  • Rancangan ini telah diluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil Kerajaan Inggeris untuk mendapatkan tanda tangan dari Raja-Raja Melayu. Malayan Union telah diluluskan pada bulan Januari 1946.

 Tujuan !
  • Tujuan Inggeris memperkenalkan Malayan Union ialah:
  • Untuk menyatupadukan wilayah dan meningkatkan kecekapan pentadbiran. Inggeris tidak bersedia menanggong perbelanjaan pentadbiran yang besar untuk Negeri-Nnegeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Berseketu. 
  • British menyimpan rasa dendam terhadap orang-orang Melayu kerena sebelum ini orang-orang Melayu telah bekerjasama dengan Jepun. Jadi, Malayan Union dapat mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu.
  • Percubaan Inggeris kea rah pemerintahan sendiri oleh masyarakat tempatan tetapi mengikut ciri politik Inggeris.
  • Sebagai langkah penyatuan politik dalam kalangan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum – Melayu, Cina dan India dengan matlamat untuk membentuk sebuah masyarakat yang kuat.


kesan!
  • Semua negeri Melayu, kecuali Singapura disatukan dibawah pemerintahan Gebenur British. Gabenur ini dibantu oleh Majlis Mesyurat Perseketuan dan Majlis Undangan Perseketuan.
  • Singapura dijadikan wilayah koloni British selepas dikeluarkan dari Perseketuan dengan seorang Gebenor British menjadi wakil kerajaan British.
  • Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Sultan hanyalah gelaran sahaja dan mereka mempunyai kuasa di bidang agama Islam dan adat istiadat.
  • Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Mereka yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union boleh menjadi warganegara secara otomatik. Prinsip jus soli di perkenalkan.  


Tentangan Orang-Orang Melayu!

Image result for malayan union
  1. Kehilangan kedaulatan raja. Orang-orang Melayu melihat Raja-raja Melayu sebagai lambang kuasa dan kedaulatan bagi masyarakat Melayu.
  2. Majoriti orang-orang Melayu akan berkurangan apabila dasar keterbukaan pemberian kerakyatan kepada warga asing dilakukan oleh British.
  3. Malayan Union digubal tanpa mendapat pandangan daripada orang-orang Melayu. Ia dirancang di London secara tergesa-gesa. Sultan-Sultan hanya diberi masa sehari untuk membaca syarat-syarat dan menandatnginya tanpa berbincang dengan pembesar-pembesa negeri.
  4. Kaedah Harold Mac Michel mendapatkan tanda tangan Raja-raja Melayu secara paksaan dan dilakukan dengan keras. Sultan-sultan tidak bersetuju dengan cara Harold Mac Michel yang tidak berunding dahulu dengan mereka dan lain pembesar-pembesa negeri.



No comments:

Post a Comment