Saturday, August 22, 2015

Pengenalan

PROSES KEMERDEKAAN!


  

Pengenalan



Perjuangan kemerdekaan di negara ini kemudiannya mula berkembang secara menyeluruh. Faktor kebangkitan nasionalisme Melayu adalah penyebabnya. Gagasan Malayan Union tajaan Inggeris telah menyemarakkan perjuangan rakyat menentang pentadbiran Inggeris dengan begitu kuat sekali. Akibatnya beberapa buah parti politik kebangsaan timbul di tanah air seperti UMNO, MIC dan MCA. Kemudian parti-parti tersebut menubuhkan gabungan Perikatan yang memberikan kesan kestabilan politik di tanah Melayu sehingga terbentuknya Barisan Nasional hingga ke hari ini. Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan idea penubuhan Malaysia yang telah mendapat dokongan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei pada peringkat awalnya. Kerajaan British bersetuju dengan formula penyatuan politik nasional anjuran Tunku Abdul rahman putra itu. Pelbagai jawatankuasa telah ditubuhkan seperti Suruhanjya Cobbold dan lain-lain lagi dalam usaha untuk memperteguhkan idea pembentukan Malaysia.Singapura akhirnya berpisah dengan Perseketuan Malaysia dan diikuti dengan Brunei kerana faktor-faktor politik dan ekonomi.









                                                           


Malayan Union

Malayan Union 


Image result for malayan union



latar belakang !

  • Sekembalinya penjajah Inggeris ke Tanah Melayu selepas penjajah Jepun berundur, Inggeris mmeperkenalkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali dengan nama Malayan Union (Kesatuan Malaya).
  • Rancangan ini telah diluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil Kerajaan Inggeris untuk mendapatkan tanda tangan dari Raja-Raja Melayu. Malayan Union telah diluluskan pada bulan Januari 1946.

 Tujuan !
  • Tujuan Inggeris memperkenalkan Malayan Union ialah:
  • Untuk menyatupadukan wilayah dan meningkatkan kecekapan pentadbiran. Inggeris tidak bersedia menanggong perbelanjaan pentadbiran yang besar untuk Negeri-Nnegeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Berseketu. 
  • British menyimpan rasa dendam terhadap orang-orang Melayu kerena sebelum ini orang-orang Melayu telah bekerjasama dengan Jepun. Jadi, Malayan Union dapat mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu.
  • Percubaan Inggeris kea rah pemerintahan sendiri oleh masyarakat tempatan tetapi mengikut ciri politik Inggeris.
  • Sebagai langkah penyatuan politik dalam kalangan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum – Melayu, Cina dan India dengan matlamat untuk membentuk sebuah masyarakat yang kuat.


kesan!
  • Semua negeri Melayu, kecuali Singapura disatukan dibawah pemerintahan Gebenur British. Gabenur ini dibantu oleh Majlis Mesyurat Perseketuan dan Majlis Undangan Perseketuan.
  • Singapura dijadikan wilayah koloni British selepas dikeluarkan dari Perseketuan dengan seorang Gebenor British menjadi wakil kerajaan British.
  • Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Sultan hanyalah gelaran sahaja dan mereka mempunyai kuasa di bidang agama Islam dan adat istiadat.
  • Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Mereka yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union boleh menjadi warganegara secara otomatik. Prinsip jus soli di perkenalkan.  


Tentangan Orang-Orang Melayu!

Image result for malayan union
  1. Kehilangan kedaulatan raja. Orang-orang Melayu melihat Raja-raja Melayu sebagai lambang kuasa dan kedaulatan bagi masyarakat Melayu.
  2. Majoriti orang-orang Melayu akan berkurangan apabila dasar keterbukaan pemberian kerakyatan kepada warga asing dilakukan oleh British.
  3. Malayan Union digubal tanpa mendapat pandangan daripada orang-orang Melayu. Ia dirancang di London secara tergesa-gesa. Sultan-Sultan hanya diberi masa sehari untuk membaca syarat-syarat dan menandatnginya tanpa berbincang dengan pembesar-pembesa negeri.
  4. Kaedah Harold Mac Michel mendapatkan tanda tangan Raja-raja Melayu secara paksaan dan dilakukan dengan keras. Sultan-sultan tidak bersetuju dengan cara Harold Mac Michel yang tidak berunding dahulu dengan mereka dan lain pembesar-pembesa negeri.



Penubuhan Parti Politik (UMNO/MIC/MCA)

             Penubuhan Parti Politik


UMNO
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Ja’far. Belau memegang jawatan itu sehingga tahun 1951.
  • Matlamat utama penubuhan parti adalah untuk menetang gagagsan Malayan Union dan menyatupadukan orang-orang Melayu serta mmepertahnkan kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu.
  • Anggota-anggota UMNO berpegang kepada slogan “Hidup Melayu”. Perkara ini disuarakan sendiri oleh Dato’ Onn Ja’afar semasa perhimpunan Agong UMNO, pda bulan September, 1947.
  • Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai sebuah parti politik. Perlembagaan UMNO telah dilulusakn pada 29 Mei 1946 yang memuatkan tujuan, penubuhan bahagian dan cawangannya.
  • Sebanyak 39 bahagian telah ditubuhkan sehingga tahun 1951 dengan keahlian seramai 100375 orang. Perikatan Pemuda UMNO dan Pergerakan Wanita UMNO ditubuhkan sebagai sayap-sayap UMNO pada tahun 1947.
  • UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat mewakli orang-orang Melayu di negara ini.  


 MIC

  1. Kongres India Malaya (MIC) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. Presidennya yang pertama bernama Tun V.T.Sambanthan.
  2. Antara tujuan utama penubuhan MIC (a) adalah untuk memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu; memperjuangkan politik bersama bagi seluruh Tanah Melayu.
  3. Pada bulan April 1955, MIC telah masuk ke dalam gabungan UMNO dan MCA. Ahlinya sehingga tahun 1955 aialah seramai 20,000 orang.


MCA

  1. Pertubuhan Cina Malaysia (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Idea penubuhan MCA telah digagaskan oleh Leong Yew Koh. Presiden pertama MCA ialah Tun Chen Lok.
  2. Tujuan utama MCA adalah untuk melindungi hak dan kepentingan orang Cina serta memelihara keharmonian kaum dalam sebuah negara yang bersatu.
  3. Pada peringkata permulaan MCA bertindak sebagai sebuah badan kebajikan. Pada tahun 1952, MCA telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik secara rasmi.
  4. Pada tahun 1950 keahlian MCA telah meningkat seramai 188, 000. Pada tahun 1952, MCA dan UMNO telah membentuk gabungan yang bernama PERIKATAN.    


Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu & Ancaman Komunis

                                Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu


CIRI-CIRI :- 
  • YDPA sebagai ketua negara yang dipilih dikalangan sembilan Raja Melayu.
  •  Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.
  •  Sebuah Parlimen dibentuk yang dianggotai oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
  •  Syarat kewarganegaraan diketatkan: (a) kewarnegaraan diberikan kepada semua orang yang lahir di tanah Melayu selepas merdeka; (b) kewarnegaraan juga diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun keatas, dilahirkan di tanah Melayu dan telah menetap selama lima tahun. kewarnegaraan juga diberi kepada mereka yang berumur 21 tahun keatas walaupun lahir di luar Tanah Melayu, tetapi telah menetap selama lapan tahun dan boleh berBahasa Melayu.
  • Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan.
  • Agama Islam dijadikan sebagai agama Perseketuan, tetapi kebebasan beragama diberikan. 



                                                                   Ancaman Komunis


  • Darurat adalah satu istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk memulihkan keadaan huru hara di Tanah Melayu antara tahun 1948 sehingga tahun 1960.
  • Hura hara ini telah dimulakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba mengambil kuasa politik di Tanah Melayu secara kekrasan.
  • Semasa Darurat, PKM cuba melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan membunuh para peladang dan pelombong. Selain itu, anggota PKM juga telah membunuh anggota Polis dan tentera serta orang ramai yang mereka anggap menentang perjuangan mereka.
  • Darurat telah mengakibatkan penderitaan hidup rakyat Tanah Melayu. Ramai yang telah terkorban.
  • Pada peringkat awal, British menganggap ancaman komunis hanya bersifat sederhana sahaja. Walaubagaimanapun, tanggapan British itu tidak benar. Itulah sebabnya Britih telah menambahkan kekuatan polis dan tentera untuk menghadapi pemberontakan komunis selama 12 tahun di Tanah Melayu.
  • Kemuncak keganasan pemberontakan komnis di negara ini ialah pembunuhan Pesuruh Jaya Tinggi British di Tanah Melayu, Henry Gurney, di Kuala Kubu Baru, Selangor, pada 6 Oktober 1951. Beliau telah digantikan oleh Gerald Templer sebagai Pesuruhjaya British yang baru.
  • Kerajaan British telah menubuhkan kampong-kampong baru untuk penempatan orang-orang Cina sebagai satu langkah untuk mengawal edaran bekalan makana jatuh ketangan anggota komunis.
  • Kerajaan British gagal membendung pemberontakan komunis. Walaubagaimanapun Darurat diishtiharkan tamat pada 31 Julai 1960 oleh Kerajaan Perseketuan Tanah Melayu. Kegiatan komunis secara kecil-kecilan masih berlaku terutama di sempadan Siam dengan Tanah Melayu.
  • Kesan-kesan Darurat telah menyebebakan Kerajaan British mengemukakan Undang-Undang Darurat 1948 yang menyekat kebebasan individu untuk berucap, berhimpun dan bergerak. Selain itu, Darurat juga telah membuktikan bahawa tidak semua orang-orang Cina menyokong perjuangan PKM.      


Perundingan Kemerdekaan & Suruhanjaya Reid & Tanah Melayu Merdeka

 Perundingan Kemerdekaan
  • UMNO merupakan parti yang ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu. Ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dengan Dato’ Onn Jaafar menjadi ketuanya yang pertama.                                                               
  • Tujuan utama penubuhan UMNO ialah untuk mewujudkan kerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan dari Inggeris. UMNO berperanan penting dalam perundingan                             
  • Kongres India Malaya (MIC) pula ditubukan pada 8 Ogos 1946 dengan John Tivy sebagai Presidennya yang pertama. Matlamat terpenting penubuhan MIC adalah untuk menjaga kepentingan masyarakat India dari segi politik, ekonomi dan sosial
  • Malaysian Chinese Association (MCA) secara rasmi telah ditubuhkan pada 27hb Februari 1949. Presidennya yang pertama bernama Tan Cheng Lock. Matlamat penubuhan parti ini ialah untuk melindungi hak dan kepentingan ekeonomi, politik dan sosial kaum Cina di tanah Melayu.
  • Usaha-usaha awal untuk meggabungkan parti-parti berbilang kaum bermula apabila UMNO dan MCA membentuk pakatan untuk menghadapi pilihan raya 
  • Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Pada tahun yang sama Tunku Abdul Rahman dan Tun Cheng Lock telah membentuk parti PERIKATAN diperingkat nasional. Pada tahun 1955 MIC pula menyertai parti PERIKATAN. Justeru, parti PERIKATAN telah menjadi parti berbilang kaum yang pertama dan terbesar di Tanah Melayu.
  • Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan tanah melayu. Rombongan tersebut dianggotai oleh empat orang wakil parti PERIKATAN, empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.  
  • Hasil daripada rundingan tersebut Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Tarikh rasmi kemerdekaan tanah melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan tersebut di Padang Bandar Hilir Melaka apabila beliau dan rombongannya kemabli dari London ketanah ayer.
 

  Suruhanjaya Reid                                                                                                                  
  •  Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan dengan senari keanggotaannya seperti berikut: Lord Reid dari England sebagai Pengerusinya, dikuti dengan Sir Ivor Jennings (England); Sir William Mc Kell (Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
  • Suruhanjaya telah mengadakan mesyuarat sebanyak 118 kali (antara June dan Oktober 1956) dan telah menghantar sebanyak 131 memorendum dari pelbagai kalangan rakyat termasuklah satu dari raja-raja Melayu.
  • Suruhanjaya telah menghantara deraf Perlembagaan dalam bulan Februrai 1957 yang kemudiannya telah diteliti semula oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri dari: 4 wakil-wakil Raja-Raja Melayu, 4 wakil parti Perikatan, Pesuruhjaya, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara.
  

   Tanah Melayu Merdeka


  • Akhirnya Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan turunnya bendera Union Jack di hadapan bangunan Sultan Abdul samad, Kuala Lumpur, pada malam 31 Ogos, 1957. Ribuan rakyat telah hadir.
  • Pada 31 Ogos, 1957, secara rasmi wakil Queen Elizabith, England, telah menyerahkan kuasa berakhirnya pentadbiran Inggeris di tanah Melayu secara rasmi kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, selaku Perdana Menteri Pertama Perseketuan Tanah Melayu di dalam satu perhimpunan seramai 30,000 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Rakyat dari pelbagai kaum hadir untuk mendenagar periytiharan kemerdekaan negera oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dengan teriakan ‘Merdeka”.
  • Duli yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman, Yam Tuan negeri Sembilan, telah dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong yang pertama bagi Perseketuan Tanah Melayu.
  • Laporan dari Jawatankuasa tersebut telah menyebabkan Perlebagaan Perseketuan Tanah Melayu telah di terima oleh Majlis Perundangan perseketuan pada 15 Ogos 1957. 


Image result for perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957





RUMUSAN



                                                            Rumusan


Perjuangan rakyat Tanah Melayu akhirnya tercapai dengan kemerdekaan tanah ayer dari kerajaan Inggeris. Perpaduan erat dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini telah menyebbakan Inggeris tidak dapat menahan tekanan politik dari rakyat Tanah Melayu sehingga akhirnya Inggeris mahu berunding untuk segera membebaskan cengkaman penjajahan di Tanah Melayu. Pendekatan menubuhkan parti-parti politik amat berkesan sebagai tanda bahawa rakyat di negaranya sendiri boleh mentadbir negara dengan baik. Kebijaksaan diplomasi pemimpin-pemimpin pelabagai kaum dalam rundingan kemerdekaan telah menyebabkan kerajaan Inggeris menubuhkan Suruhanjaya Reid untuk menegerakan proses kemerdekaan pada tahun 1957.





RUJUKAN
 zainal abidin wahid 1996.malaysia - warisan dan pembangunan negara.
 mardiana hussain - pengajian malaysia
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia
 http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/?page_id=3