PROSES KEMERDEKAAN!
Pengenalan
Perjuangan kemerdekaan di negara ini kemudiannya mula berkembang
secara menyeluruh. Faktor kebangkitan nasionalisme Melayu adalah penyebabnya.
Gagasan Malayan Union tajaan Inggeris telah menyemarakkan perjuangan rakyat
menentang pentadbiran Inggeris dengan begitu kuat sekali. Akibatnya beberapa
buah parti politik kebangsaan timbul di tanah air seperti UMNO, MIC dan MCA.
Kemudian parti-parti tersebut menubuhkan gabungan Perikatan yang memberikan
kesan kestabilan politik di tanah Melayu sehingga terbentuknya Barisan Nasional
hingga ke hari ini. Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan idea penubuhan
Malaysia yang telah mendapat dokongan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei pada
peringkat awalnya. Kerajaan British bersetuju dengan formula penyatuan politik
nasional anjuran Tunku Abdul rahman putra itu. Pelbagai jawatankuasa telah
ditubuhkan seperti Suruhanjya Cobbold dan lain-lain lagi dalam usaha untuk
memperteguhkan idea pembentukan Malaysia.Singapura akhirnya berpisah dengan
Perseketuan Malaysia dan diikuti dengan Brunei kerana faktor-faktor politik dan
ekonomi.

No comments:
Post a Comment